Thursday, 24 July 2014

Majlis Khatam AlQuran sempena bulan Ramadhar 1435H

      Sempena menghidupkan Bulan Ramadhan pada tahun ini, Surau Al Falihin sekali lagi bersama-sama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam AlQuran pada Khamis, 24 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 1435H pada pukul 7.20 hingga 9.30 pagi bertempat di Dataran Gemilang.

      Majlis ini diketuai oleh Ustah Zuhdi Abdullah bersama pelajar-pelajar yang dipilih dari kkumpulan tadarus Ramadhan. Majlis dimulakan dengan penerangan mengenai kaedah bacaan khatam dan dimulalan dengan surah Dhuha hingga akhir. Bacaan doa khatam di bacakan oleh Ustaz Zuhdi dan di aminkan oleh semua warga sekolah SMKGS.

      Majlis ditutup dengan ucapan pengetua yang melahirkan rasa kesyukuran terhadap Ilahi yang telah mengizinkan majlis ini berjalan dengan lancar Alhamdulillah.

Pemantauan Surau kali ke 2 2014

Pada 23 Julai 2014  bersamaan 25 Ramadhan 1435H iaitu pada hari Rabu, telah dilaksanakan satu program pemantauan surau baut kali ke2 pada tahun 2014 ini. Pemantauan kali kedua ini bertujuan untuk mencari surau terbaik dari tiga buah surau di daerah gombak yang telah disenarai pendekkan. Pemantau telah hadir dari jam 11.30 pagi hingga pukul 1.00 petang.

Di antara Pemantau yang hadir ialah seperti berikut:

1. Ustazah Siti Sabariah bt. Sapuan (SMK Seri Kundang)

2. Ustazah Juliana bt. Ismail (SMK Bukit Gading)

3. Tuan Susilawati bt Tuan Ismail (SMK Taman Melawati)

Tujuan pemantauan ini adalah bertujuan untuk memil;ih wakil Gombak untuk pertandingan Surau terbaik di peringkat negeri Selangor.

 Pemantau sedang melihat fail-fail surau
Perbincangan untuk penambahbaikan pengurusan surau

Sunday, 20 July 2014

Majlis Iftar Ramadhan 2014

Pada 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435H yang lepas satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan telah diadakan di Surau Al Falihin bersempena bulan yang mulia ini. Ibu bapa guru dan pelajar memberi sumbangan mereka dalam bentuk wang dan makanan untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.











Thursday, 3 July 2014

Pemantauan Surau 4 Julai 2014

Pada tanggal 6 Ramadhan 1435H bersamaan 4 Julai 2014 satu pemantauan surau oleh wakil PPD diketuai oleh ustaz Azmi Al Alwi dari SMK Sg Kertas telah dijalankan di Surau Al Falihin SMK Gombak Setia.


 Sudut Santai Minda
Fail-fail Surau












Tadarus Ramadhan 2014

Surau Al Falihin telah mengadakan program tadarus Al Quran sepanjang bulan Ramadhan 2014 setiap hari sekolah dengan dihadiri oleh para pelajar 3-5 dan pelajar tingkatan 6 serta para guru.








Monday, 30 June 2014

Program Solat Zohor Berjemaah 

Sempena bulan Ramadhan, Pelajar tingkatan 3 hingga 6 Atas adalah dijemput untuk menghadiri Program Solat Zohor berjemaah untuk memenuhi bulan ini dengan ibadah yang sangat dituntut dalam agama Islam. Pelajar diber pendedahan mengenai betapa besarnya ganjaran amalan fardhu terutama slat yang dilakukan secara berjemaah. Di harap program ini dapat diteruskan pada bulan bulan akan datang.




Thursday, 26 June 2014

Qurban 2013

Pada 2 Zulhijah 1434 yang lepas satu program Qurban telah diadakan di Surau Al Falihin. Seekor lembu telah dihadiahkan oleh pihak RTM untuk dikorbankan di SMK Gombak Setia. Jawatankuasa surau dan MPPU telah menguruskan program korban tersebut sejak pukul 8.00 pagi lagi. Pelajar dan guru bergotong royong untuk menyiapkan daging korban yang akhirnya dimasak dan dihidangkan kepada pelajar dan guru sekolah ini.




Friday, 20 June 2014

Bangunan Surau Al Falihin

Marilah kita sama-sama mengimarahkan surau Al Falihin ini kerana bukan senang untuk mendirikannya. Setelah sekian lama berkorban akhirnya Allah izinkan berdirinya teguh bangunan surau ini yang menjadi kebanggaan kita semua. Oleh itu janganlah kita hanya berbangga dengan indahnya bangunan surau tetapi dengan aktifnya surau ini dalam usaha menyebarkan ilmu agama dan mengamalkan Islam. Sama-samalah kita teguhkan surau ini dengan tiang majlis ilmu dan pasak mentauhidkan Allah. Insya Allah kita semua dirahmatiNya. Masjid Ar Rahman tidak hanyut oleh Tsunami Acheh mungkin ada sebabnya. Allah maha mengetahui. Semoga Allah berikan saya dan kita semua kekuatan untuk mengimarahkannya. Amin.