Penubuhan Surau Al Falihin SMK Gombak Setia adalah hasil garapan bersama Pihak Sekolah dan PIBG. Pihak Sekolah dan PIBG telah berusaha keras untuk melihat terbinanya sebuah surau yang lengkap dengan prasarananya untuk kemudahan pelajar yang majorotinya terdiri dari pelajar muslim. Usaha murni ini bermula sejak tahun 2007 lagi dimana semenjak tahun tersebut beberapa orang pengetua telah bersilih ganti meneraju sekolah ini dan menjadikan agenda pembangunan surau Al Falihin sebagai agenda utama dalam mesyuarat pembangunannya.
Tercetusnya idea penubuhan surau baru ini adalah kerana surau lama yang telah dibina pada tahun 1991 di bawah pengetua Tn. Hj. Mohamad bin Maarof tidak lagi dapat menampung jumlah pelajar SMK Gombak Setia yang saban tahun meningkat sehingga mencecah 2980 orang ketika ini. Saiznya yang kecil tidak berupaya memuatkan pelajar mulsim yang perlu solat berjemaah Zohor dan Asar secara serentak mengikut tingkatan. Surau lama ini telah dirasmikan oleh pengetua sendiri pada hari Selasa 20 September 1994 bersamaan 14 Rabiul Akhir 1415 Hijrah. Pada tahun 2007, hasil percambahan idea guru-guru, pentadbir dan Jawatankuasa PIBG telah sepakat untuk menamakan surau baharu dengan nama Surau Al Falihin yang bermaksud Surau Orang-orang yang Berjaya.
Bermula dari detik tersebut pelbagai siri mesyuarat dan perbincangan diadakan untuk melancarkan program pengumpulan dana dan agenda mendapatkan kelulusan pembinaan surau dari pelbagai pihak berwajib seperti PBT, Pejabat Daerah Gombak dan Jabatan Pendidikan Selangor. Beberapa Kontraktor telah disenarai pendek untuk dipilih sebagai kontraktor pembinaan surau. Plan surau juga telah beberapa kali direkabentuk dan diubah mengikut kesesuaian logistik, kewangan dan penggunaan.
Kewangan untuk pembangunan surau diperolehi dari sumbangan derma dari pelajar, ibubapa, guru dan tokoh koporat serta badan koporat. Pelbagai program diatur oleh Jawatankuasa Pembangunan Surau untuk mengumpulkan dana yang mencukupi. antara program yang berjaya dilaksanakan ialah Jogathon, Sumbangan Kelas, Wakaf Surau, Wang Zakat Bank Islam, derma korporat dan banyak lagi. Dengan sumbangan inilah surau ini mula dibina fasa demi fasa. Pelbagai cabaran dan dugaan telah dilalui oleh Jawatankuasa Surau dalam tempoh ini.

Akhirnya, pada tanggal 8 Februari 2014
bersamaan 8 Safar 1435H, Surau Al Falihin telah siap dibina dan dirasmikan oleh mantan Pengarah KPM Tan Sri Datuk Arshad bin Abdul Rahim. Semenjak itu AJK surau telah mengatur dan berjaya mengendalikan pelbagai aktiviti untuk mengimarahkan bangunan surau yang tersergam indah sebagai mercu SMK Gombak Setia.
No comments:
New comments are not allowed.