Sempena menghidupkan Bulan Ramadhan pada tahun ini, Surau Al Falihin sekali lagi bersama-sama Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Majlis Khatam AlQuran pada Khamis, 24 Julai 2014 bersamaan 26 Ramadhan 1435H pada pukul 7.20 hingga 9.30 pagi bertempat di Dataran Gemilang.
Majlis ini diketuai oleh Ustah Zuhdi Abdullah bersama pelajar-pelajar yang dipilih dari kkumpulan tadarus Ramadhan. Majlis dimulakan dengan penerangan mengenai kaedah bacaan khatam dan dimulalan dengan surah Dhuha hingga akhir. Bacaan doa khatam di bacakan oleh Ustaz Zuhdi dan di aminkan oleh semua warga sekolah SMKGS.
Majlis ditutup dengan ucapan pengetua yang melahirkan rasa kesyukuran terhadap Ilahi yang telah mengizinkan majlis ini berjalan dengan lancar Alhamdulillah.
Thursday, 24 July 2014
Pemantauan Surau kali ke 2 2014
Pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadhan 1435H iaitu pada hari Rabu, telah dilaksanakan satu program pemantauan surau baut kali ke2 pada tahun 2014 ini. Pemantauan kali kedua ini bertujuan untuk mencari surau terbaik dari tiga buah surau di daerah gombak yang telah disenarai pendekkan. Pemantau telah hadir dari jam 11.30 pagi hingga pukul 1.00 petang.
Di antara Pemantau yang hadir ialah seperti berikut:
1. Ustazah Siti Sabariah bt. Sapuan (SMK Seri Kundang)
2. Ustazah Juliana bt. Ismail (SMK Bukit Gading)
3. Tuan Susilawati bt Tuan Ismail (SMK Taman Melawati)
Tujuan pemantauan ini adalah bertujuan untuk memil;ih wakil Gombak untuk pertandingan Surau terbaik di peringkat negeri Selangor.
Di antara Pemantau yang hadir ialah seperti berikut:
1. Ustazah Siti Sabariah bt. Sapuan (SMK Seri Kundang)
2. Ustazah Juliana bt. Ismail (SMK Bukit Gading)
3. Tuan Susilawati bt Tuan Ismail (SMK Taman Melawati)
Tujuan pemantauan ini adalah bertujuan untuk memil;ih wakil Gombak untuk pertandingan Surau terbaik di peringkat negeri Selangor.
Pemantau sedang melihat fail-fail surau
Perbincangan untuk penambahbaikan pengurusan surau
Sunday, 20 July 2014
Majlis Iftar Ramadhan 2014
Pada 17 Julai 2014 bersamaan 19 Ramadhan 1435H yang lepas satu majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan kepada yang memerlukan telah diadakan di Surau Al Falihin bersempena bulan yang mulia ini. Ibu bapa guru dan pelajar memberi sumbangan mereka dalam bentuk wang dan makanan untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.
Thursday, 3 July 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)