Sunday, 19 June 2016


PROGRAM CERAMAH ISRAK MIKRAJ 2016


Ceramah Israk Mikraj telah diadakan di Surau Al-Falihin, SMK Gombak Setia pada 5 Mei 2016 bersamaan hari Khamis. Program melibatkan semua pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2 serta guru  yang beragama Islam. Ceramah disampaikan oleh Ustaz Abdullah Zuhdi selepas pelajar menunaikan solat Asar secara berjemaah.


Puan Maimun, Pengetua SMK Gombak Setia turut serta memberi sokongan ketika ceramah dijalankan


Pelajar tingkatan 1 dan 2 menonton bahan tayangan di layar hadapan


Pelajar khusyuk melihat tayangan dan penerangan Ustaz Abdullah Zuhdi